Posts

Kolej E-Access International College

  Kolej E-Access International College sering dipromosikan sebagai institusi pendidikan kemahiran yang terbaik, dengan pendekatan pembelajaran 70% amali dan 30% teori. Terletak di Kulai, Johor, nama kolej ini kedengaran megah dan menjanjikan masa depan yang cerah. Namun, di sebalik nama gah tersebut, terdapat pelbagai masalah dalaman yang mencetuskan kekeliruan dan memburukkan pengalaman para pelajar. Situasi ini telah menjejaskan masa depan ramai pelajar yang menaruh harapan tinggi terhadap bidang kemahiran. Saya adalah kakak kepada seorang pelajar yang mengikuti program Electrical Technician di kolej ini. Adik saya berasal dari latar belakang madrasah dan tidak memiliki sijil SPM. Dia hanya berbekalkan sijil berhenti madrasah dan keazaman untuk membina masa depan yang lebih baik. Ketika mengetahui bahawa Kolej E-Access menawarkan program diploma elektrik tahap 4 ( single tier ) yang tidak memerlukan sijil SPM, dia begitu teruja untuk mendaftar. Pada awal pengajian, adik saya ber...

E Access International College & Hexapro College

  E Access International College dan Hexapro College. Dua kolej ini merupakan satu gabungan kolej yang dikatakan menyediakan pendidikan yang terbaik dalam bidang kemahiran. 70% amali dan 30% teori. Kolej ini terletak di Kulai, Johor. Nama yang diberi nampak gempak dan megah. Namun, banyak kecelaruan dan caca merba yang berlaku dalam kalangan pelajar. Lompang yang terjadi sungguh besar sehingga memusnahkan masa depan banyak pelajar yang menceburi bidang kemahiran. Nak tahu lebih lanjut sila scroll di bawah. Saya merupakan bekas pelajar sijil operasi komputer tahap 3 di Kolej Hexapro, Kulai. Saya juga merupakan kakak kepada salah seorang pelajar electrical technician di kolej E Access, Kulai. Saya akan berkongsi pengalaman saya belajar di sana dahulu. Setelah itu, barulah saya selitkan pengalaman adik saya. Saya memohon kolej ini selepas keputusan UPU keluar. UPU saya gagal. Jadi disebabkan itulah saya memohon untuk pengajian di kolej ini. Pada awalnya, saya belajar dengan pengajar y...