Kolej E-Access International College
Kolej E-Access International College sering dipromosikan sebagai institusi pendidikan kemahiran yang terbaik, dengan pendekatan pembelajaran 70% amali dan 30% teori. Terletak di Kulai, Johor, nama kolej ini kedengaran megah dan menjanjikan masa depan yang cerah. Namun, di sebalik nama gah tersebut, terdapat pelbagai masalah dalaman yang mencetuskan kekeliruan dan memburukkan pengalaman para pelajar. Situasi ini telah menjejaskan masa depan ramai pelajar yang menaruh harapan tinggi terhadap bidang kemahiran. Saya adalah kakak kepada seorang pelajar yang mengikuti program Electrical Technician di kolej ini. Adik saya berasal dari latar belakang madrasah dan tidak memiliki sijil SPM. Dia hanya berbekalkan sijil berhenti madrasah dan keazaman untuk membina masa depan yang lebih baik. Ketika mengetahui bahawa Kolej E-Access menawarkan program diploma elektrik tahap 4 ( single tier ) yang tidak memerlukan sijil SPM, dia begitu teruja untuk mendaftar. Pada awal pengajian, adik saya ber...