E Access International College & Hexapro College
E Access International College dan Hexapro College. Dua kolej ini merupakan satu gabungan kolej yang dikatakan menyediakan pendidikan yang terbaik dalam bidang kemahiran. 70% amali dan 30% teori. Kolej ini terletak di Kulai, Johor. Nama yang diberi nampak gempak dan megah. Namun, banyak kecelaruan dan caca merba yang berlaku dalam kalangan pelajar. Lompang yang terjadi sungguh besar sehingga memusnahkan masa depan banyak pelajar yang menceburi bidang kemahiran. Nak tahu lebih lanjut sila scroll di bawah.
Saya merupakan bekas pelajar sijil operasi komputer tahap 3 di Kolej Hexapro, Kulai. Saya juga merupakan kakak kepada salah seorang pelajar electrical technician di kolej E Access, Kulai. Saya akan berkongsi pengalaman saya belajar di sana dahulu. Setelah itu, barulah saya selitkan pengalaman adik saya.
Saya memohon kolej ini selepas keputusan UPU keluar. UPU saya gagal. Jadi disebabkan itulah saya memohon untuk pengajian di kolej ini. Pada awalnya, saya belajar dengan pengajar yang dipanggil Sir Hafiz. Dalam masa beberapa hari, Sir Hafiz menerangkan etika kolej dan Nos yang kami belajar dengan baik. Pada hari berikutnya, beliau menerangkan dengan begitu cepat, laju dan tidak jelas. Ramai diantara kami tidak faham dengan apa yang diajar oleh beliau. Kami jadi keliru dengan subjek yang diajar. Tidak cukup dengan itu, Sir Hafiz juga selalu mengusik pelajar perempuan termasuk dengan saya. Beliau mesej saya dan kawan saya dan pernah mengajak kami keluar makan secara peribadi. Beliau pernah mengusik saya ketika saya menyiapkan tugasan yang diberi dengan menarik kerusi saya dari belakang dengan tanpa motif. Beliau pernah menarik tudung kawan perempuan saya dengan sengaja. Beliau juga pernah merosakkan komputer riba ayah saya sehingga rosak dan tidak boleh dibuka langsung. Perkara ini pernah diutarakan di pejabat kolej Hexapro dan masalah komputer ayah saya selesai. Namun, waktu penyelenggaraan komputer mengambil masa lebih 2 minggu sehingga ibu saya terpaksa masuk campur dalam masalah itu. Saya pula dipersalahkan oleh pengajar disitu kerana mencari masalah dengan Sir Hafiz. Antara pengajar yang begitu target saya ialah Sir Akbar.
Kali kedua, kami belajar dengan Sir Syafiq Sumar. Beliau merupakan pengajar baharu di kolej itu. Tahun ini beliau sudah mengajar selama 2 tahun. Beliau berusia sekitar 23 hingga 24 tahun. Pada awalnya, wajah dan sikap beliau terlihat baik sahaja. Namun, semakin lama saya menjadi pelajarnya, beliau mula tunjukkan perangai sebenarnya. Beliau suka sentuh-sentuh barang saya, sentuh baju dan tudung saya dan beliau suka duduk berdekatan dengan saya. Saya rasa tidak selesa dengan kelakuannya sehingga saya adukan kepada ibu saya. Ibu saya pun menegur beliau. Beliau terima teguran saya tetapi beliau juga burukkan saya kepada orang rakan sekerjanya sehingga saya dituduh dengan masalah lain. Beliau juga mengajar dalam kelas kami dalam beberapa kali sahaja. Teori sedikit dan amali pun sedikit. Selebihnnya, dia menyerahkan tugasannya kepada kawan saya yang pakar dalam bahagian komputer untuk mengajar kami. Kawan yang pakar itu ibarat cikgu kepada kami. Tanpa dia, kami tidak mungkin boleh lulus.
Seterusnya, ada seorang lagi pengajar yang selalu ganti untuk kelas tahap 3 operasi komputer. Namanya ialah Sir Akbar. Cara beliau mengajar bagus dan jelas. Beliau boleh mengajar dengan baik. Beliau menjelaskan setiap cocu atau subjek pelajaran dengan jelas dan terang. Beliau ada menggunakan kaedah kuiz yang membuat pelajar lebih bersemangat untuk belajar. Namun, perangai atau sikap beliau sangat teruk. Beliau bersikap sangat baran jika ada salah seorang murid yang membuat satu kesalahan atau beberapa kesalahan yang kecil sahaja. Beliau cukup pantang jika ada murid yang bermasalah dengan pengajar atau rakan sekerjanya walaupun pengajar sendiri yang bermasalah dengan murid. Beliau suka memarahi murid tanpa alasan dan bukti yang kukuh. Beliau juga pernah bersikap kurang ajar dengan ibu saya apabila ibu saya menanyakan tentang konvokesyen sijil operasi komputer tahap 3 saya. Beliau mesej ibu saya dengan ayat yang kasar, seolah-olah mengatakan ibu saya menyalahkan pengajar. Sedangkan pihak kolej tidak memaklumkan surat konvokesyen kepada ibu bapa pada awal. Beliau juga sekepala dengan murid-murid yang menyerupai perangai dengannya. Walaupun murid-murid itu bersikap buruk atau bersikap jahat, Sir Akbar tetap bekerjasama dengan mereka kerana mereka mengikut arahan Sir Akbar. Murid-murid jahat itu juga selalu belanja Sir Akbar dan Sir Syafiq supaya pengajar rapat dengan mereka.
Akhir sekali, saya berhenti dari kolej itu setelah selesai mendapatkan sijil operasi komputer tahap 3 kerana tidak tahan dengan suasana dan toksik kolej.
Kisah adik saya pula, saya akan cerita di halaman selanjutnya.
Dude, I need your contact we have the same situation
ReplyDelete